KISAH PENGASAS DAN PENGARAH BEAUTYSPELLS SDN BHD :
NORSIDAYATI BINTI MUSTARI ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI SIS BELL , MEMBESAR TANPA NIKMAT KASIH SAYANG IBU BAPA TIDAK PERNAH MEMATAHKAN SEMANGAT BELIAU UNTUK CAPAI KEJAYAAN DENGAN MEMBINA EMPAYAR PERNIAGAAN PRODUK KECANTIKAN JENAMA BEAUTYSPELLS.
SIS BELL KEHILANGAN IBU TERCINTA, ALLAHYARHAM SUFIAH HABIB ZAIN YANG BEKERJA SEBAGAI PENJUAL SAYUR SEJAK USIANYA 5 TAHUN MANAKALA BAPANYA, ALLAHYARHAM MUSTARI SUBUTANRATU BERASAL DARI INDONESIA DAN BEKERJA SEBAGAI BURUH KASAR, TELAH MENINGGALKAN BELIAU KETIKA BELIAU MASIH KECIL DAN MENINGGAL DUNIA SAAT DIA BERUMUR 19 TAHUN.
DALAM TEMPOH KETIADAAN KEDUA IBU BAPA, SIS BELL DENGAN TAHAP PENDIDIKAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DIJAGA OLEH MAKCIK DAN NENEKNYA.
TERCETUSNYA IDEA UNTUK BERNIAGA PRODUK KECANTIKAN KERANA SEWAKTU KECIL BELIAU SANGAT SUKA MEMAKAI LOTION BADAN SEHINGGAKAN SANGGUP MEMBELI BERMACAM-MACAM JENAMA LOTION YANG ADA DI PASARAN PADA MASA ITU.
PADA TAHUN 2014, MEMULAKAN PERNIAGAAN HANYA DARIPADA RUMAH DENGAN PRODUK LOTION PEMUTIH BADAN ATAS JENAMA BEAUTYSPELLS YANG MEMBAWA MAKSUD “MANTERA KECANTIKAN”, DAN KINI TELAH BERADA DI PASARAN SELAMA 8 TAHUN LAMANYA DAN SEMAKIN BERKEMBANG PESAT DENGAN MEMILIKI SEBUAH BANGUNAN HEADQUARTERS (HQ) DI TAWAU SABAH DAN MEMILIKI EJEN JUALAN DARI SERATA TEMPAT TERMASUK MALAYSIA, INDONESIA, FILIPINA, BRUNEI,
DAN SINGAPORE.
PRODUK YANG DIASASKAN OLEH ANAK JATI TAWAU SABAH DIFORMULASIKAN DARI BAHAN UTAMA IAITU SERBUK MUTIARA SABAH (PEARL POWDER) KINI TELAH TERJUAL PULUHAN RIBU BOTOL DAN TELAH MEMPUNYAI BERMACAM-MACAM RANGKAIAN PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN LAIN SEPERTI SCRUB BADAN, SUNSCREEN DAN YANG PALING TERBARU IAITU KOSMETIK DIBAWAH TAGLINE SEE BELLA, FEEL BELLA, & BE BELLA DIMANA KEMPEN INI TELAH MENDAPAT LIPUTAN AKHBAR SEPERTI BERITA HARIAN, HARIAN METRO, UTUSAN MALAYSIA, ASTRO GEMPAK, SIAKAP KELI, SEISMIK DAN BANYAK LAGI.
MENGHASILKAN PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN DARIPADA SABAH MALAYSIA SETANDING KUALITI PRODUK LUAR NEGARA. SELAIN ITU, MEMPERKASA EKONOMI WANITA SABAH KHUSUSNYA DENGAN MEMBUKA PELUANG PERNIAGAAN DI PLATFORM PERNIAGAAN BEAUMEMBERIKAN TYSPELLS. KEKUATAN SIS BELL UNTUK MEREALISASIKAN VISI INI TELAH MANFAAT KEPADA RIBUAN ORANG YANG BERNAUNG DIBAWAH BEAUTYSPELLS.
Cik Norsidayati Binti Mustari, 35, ramah disapa Sis Bell dari Tawau, Sabah adalah contoh perjalanan kejayaan "zero to hero". Meskipun hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sis Bell memilih meningkatkan nilai diri melalui pembelajaran berterusan, baik secara formal atau sebaliknya.
Dengan semangat, dedikasi dan berkomitmen, beliau menghasilkan produk pencerah kulit yang berkesan dan berkualiti. Ia dihasilkan daripada bahan yang lembut pada kulit serta mesra alam. Kerana sifatnya yang peka persekitaran dan masyarakat, beliau mengadakan peluang pekerjaan dan kemajuan kepada generasi muda wanita dengan menyediakan teknologi terkini, latihan komprehensif, serta bimbingan dan sokongan berterusan untuk membantu wanita mencapai potensi penuh.
Beautyspells diasaskan oleh Sis Bell, berpegang kepada nilai 'berkongsi' dan prinsip membangunkan perniagaan secara 'berkongsi manfaat serta rezeki' menembusi pasaran Asia melalui pengedar dan pengeluar di Indonesia, Filipina, Brunei, Bangkok, Vietnam dan Singapura. "From nothing to something, from nobody to somebody, maybe not today, but definitely someday", kata-kata pegangannya sepanjang perjalanan dari zero to hero Sis Bell.
Meneruskan aktiviti komunitinya, Sis Bell menubuhkan program CSR, Beautyspells Bersamamu sejak 2020. Harapannya setiap pencapaian akan menjadi inspirasi agar berkeyakinan mewujudkan impian tanpa batas. Perjalanan kejayaan mungkin mencabar tetapi mejadi 'perasa' untuk diceritakan kepada generasi akan datang.
"Revolusi Wanita : Bangkit Berani, Memperkasa dengan Nilai dan Manfaat."
Copyright © 2024 Beautyspells Sdn Bhd - All Rights Reserved.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.